weh rinduuuuuu
Assalamualaikum. Hai. :)
"Anda telah gagal menggembirakan mama dan papa. Tahniah."
Duh. Rasa macam aku dah buat sebaik mungkin. Mana silap aku. Terhanyutkah aku dengan urusan dunia yang tak henti dengan kabut? Tenggelamkah aku dengan cinta dunia, cinta manusia, sehingga lupa pada cinta Allah? Khilaf.
Niat aku, ppt kali ni aku mahu gembirakan mama dan papa. Ah, angan-angan anak kecil. Seperti gula-gula kapas yang mudah lupus hanya dengan air.
"Izzah, anak pak cik Halim tu baru balik Jordan. Jadi doktor izzah." -Papa(030614)
"Mama nak tengok izzah masuk UIA. Ataupun izzah ambik bidang syariah. Izzah jadilah wakil dalam keluarga, jadi orang agama" -Mama(110514)
Fuh. Harapan mama papa menggunung. Bukan apa, takut tak mampu jadi apa yang mama papa harapkan. Ppt pun macam tu. Peh peh. So, what do you want to do now, zah?
"Belajar rajin-rajin. Ayahanda bonda dah tua"
"Ah. Hidup masih perlu diteruskan. Aku tahu hati kau tengah bercelaru sekarang. Pergi sujud pada Kekasih Sejati sana. Dia Maha Pendengar yang baik. Menangislah di pangkuan-Nya."
"Perancangan Allah lebih baik. Allah bagi hujan sekarang. Dan Allah akan beri pelangi nanti. Percaya dengan kuasa Allah" |
0 qtpie:
Post a Comment